Tuesday 22 March 2011

Dua ekor anjing telah terperangkap di sebuah pulau dan ingin berenang menuju ke seberang . Untuk sampai di seberang dua ekor anjing ini memerlukan stamina yang cukup .

Anjing A mempunyai stamina yang kuat di mana anjing ini mendapat latihan habis-habisan semasa berada di dalam jagaan dan mendapat tunjuk ajar dari tuannya serta makan terjaga...

Sedangkan...

Anjing B pula hanya bersantai-santai dan hidup bebas tanpa jagaan mahupun tunjuk ajar...

Maka tibalah saatnya dan kedua-duanya pun menyeberang tetapi Anjing B sampai lebih awal daripada Anjing A...

Anjing A merasa pelik dan hairan lalu bertanya " cepatnya kau sampai , mcm mana kau boleh sampai dulu dari aku? "

Anjing B menjawab dengan selamba , " rileks la kawan , aku nie kan Anjing Laut... "

NOTE : ANJING LAUT BOLEH HIDUP DI DARATAN APATAH LAGI DI LAUTAN DAN ANJING LAUT MERUPAKAN PERENANG YANG BAIK .



No comments: