Tuesday 22 March 2011

Maktab Tentera Diraja


ANDA TAHU TAK ...???

Nama Maktab Tentera DiRaja (MTD) Sungai Besi cukup sinonim dengan pelbagai sejarah kecemerlangan, baik dari segi pencapaian akademik, kemantapan disiplin mahupun ketangkasan pelajar dalam pelbagai aktiviti ko-kurikulum dan sukan.

Sejarah kecemerlangan putera bermula sebaik sahaja mereka menjejakkan kaki di bumi MTD. Kehidupan yang dilalui oleh setiap putera dipenuhi dengan kitaran hidup yang berjadual dan displin yang mantap serta penuh dengan budaya hidup ala ketenteraan.
Yang junior diajar oleh senior cara menyesuaikan diri dengan kehidupan di MTD sambil dipantau oleh jurulatih-jurulatih dari berbagai kepakaran dalam perkhidmatan ATM. Segala aktiviti yang dilakukan bersama untuk menerap nilai kerjasama dalam kumpulan dan semangat setia kawan bagi memastikan matlamat utama pernubuhan MTD tercapai iaitu melahirkan bakal-bakal pemimpin masa hadapan.

VISI

Maktab Tentera DiRaja Sebagai Sebuah Institusi Pendidikan Bestari yang Terunggul
 
MISI
                                       
Menyediakan Pendidikan Bestari Berkualiti Secara Menyeluruh Untuk Melahirkan Pemimpin Berwibawa, Berketrampilan dan Bersasiah Mulia Dalam Sektor Perkhidmatan Awam, Korporat dan Angkatan Tentera Malaysia
 

No comments: