Wednesday 23 March 2011



Hari ini spekulasi telah menjadi kenyataan apabila Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang akan bersara setelah menjadi Ketua Menteri yang paling lama telah mengumumkan bahawa DUN Sarawak akan dibubarkan pada 21/3/2011. Beliau mengumumkan ketika sidang media bersama Perdana Menteri, DS Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Pilihan Raya DUN Sarawak akan diadakan dalam tempoh 60 hari dimana tarikh pilihan raya akan ditentukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Menetapkan Pilihan Raya Negeri Sarawak Yang Ke-10 Akan Diadakan Pada :-


*** - Hari Penamaan Calon Ditetapkan Pada 6 April 2011 .

manakala...

*** - Tarikh Pengundian Pula Pada 16 April 2011 .( Jika Tiada Pertandingan )


Kepada rakyat negeri sarawak , tentukan anda membuang undi yang betul kerana calon yang anda akan pilih itulah yang akan terus memimpin rakyat negeri sarawak dengan jayanya nanti...




No comments: